CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 22, 2009

Tahniah kepada kawan-kawan...

Assalamualaikum w.b.t

Malam2 ni sangat tak tau nak wat ape lepas selesai tugasan yang telah diberikan. Diharapkan ini adalah tugasan terakhir yang perlu ku lakukan sesuai dengan title ku seorang.........

Puas sudah ku mengeluarkan air mata ini. Sampai sekarang air mata ini masih belum kering. Tapi masa tetap tidak akan berpatah balik. Mungkin tiada siapa yang akan mengerti ape yang aku rasa. Setiap hari aku melihat gambar kawan-kawan ku yang berjaya menggembirakan hati ibu-bapa & adik-beradik mereka. Ceria sangat mereka... Seolah-olah penat yang mereka tempuhi selama ini telah terbalas dengan senyuman dari ibu-bapa mereka yang gembira melihat anak mereka berjaya memenuhi hasrat mereka.

Kesian melihat emak & ayah di rumah... ketika ibu-bapa yang lain bergembira, mereka masih lagi berada di rumah. Kegembiraan yang sepatutnya mereka sambut telah di matikan oleh si anak yang tak berguna. Walaupun begitu mereka tidak pernah memarahi malah mereka sangat memahami.

Kadang-kala ku terfikir. Masihkah ada kesempatan untuk aku mengembalikan kegembiraan itu di hati mereka? masih adakah peluang untuk aku menebus kembali semua itu? jika dapatku tebus adakah aku dapat menggembirakan mereka sama seperti jika kegembiraan itu datang pada waktu ini?

Terima kasih kepada emak, ayah & adik. Maafkan atas segala kesalahan & perbuatan yang memalukan ini. Tiada niat di hati untuk memalukan keluarga...hafiz akan cuba sedaya-upaya kali ini untuk melengkapkan segala-galanya.

Tahniah kepada kawan-kawan yg telah berjaya memenuhi salah satu harapan ibu-bapa anda. Saya sangat suke tengok muka-muka anda gembira. Mesti best kan bile dapat penuhi impian mereka & impian anda sendiri. Teruskan la wajah-wajah kegembiraan tersebut kerna anda semua memang layak untuk meraikannya. Semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang di masa hadapan...

saya tak mampu menulisnya lagi...

Tuesday, August 25, 2009

sudah 3 bulan...

25 Ogos 2009
Genap 3 bulan aku tidak m'update sebarang post dalam blog ini. bukan malas untuk m'update blog ini tetapi hati ini tidak mahu berkongsi ape2 sepanjang tempoh itu. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam hidupku ini. Aku sangat 'sakit' dalam mengahadapi 3 bulan ini. hanya pada Allah dapat ku mengadu segala-galanya.


Keluarga
Hati anak mane yg tak sedih bile dirinya tak mampu melaksanakan ape yang diharapkan oleh ibu-bapanya. Harapan ibu-bapa yang menggunung terhadap anak mereka musnah akibat kebodohan si anak itu sendiri. Walaupun begitu si ibu & bapa tetap menerima anak mereka seadanya tanpa meletakkan kesalahan itu di bahu anak itu sendiri. Malahan galakan & semangat yang diberikan semoga si anak tidak terus kecewa menghadapi dugaan di dunia ini. Mereka tetap bersabar walaupun anak mereka ini tidak seperti anak-anak ibu-bapa yang lain. Biar mereka susah asalkan anak-anak tidak merasai kesusahan. Kenapa si anak tak pernah pikir semua tu sebelum ni. Puas ke hati si anak setelah menghampakan hati kedua-ibu bapanya? Suka ke setelah menjadi contoh yang buruk kepada si adik?

"Ya Allah kasihani la kedua ibu-bapa ku. Berikanlah aku kekuatan untuk ku terus berusaha mencapai cita-cita ku & kedua ibu-bapaku. Janganla hampakan mereka Ya Allah. Aku redha segala ketentuan Mu Ya Allah. Sesungguhnya diriMu adalah sebaik-baik perancang."

Kepada kawan-kawan semua, tahniah kerana berjaya memenuhi harapan ibu-bapa anda. Tolong la jangan sekali pun hampakan harapan ibu-bapa masing-masing & jadilah contoh terbaik kepada adik-adik anda.


Kawan
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang setia disisi walaupun kawan korang ni selalu menyakitkan hati korang. Terima kasih kerana tidak lari semasa kawan korang ni menghadapi saat kesusahan & kesedihan. Terima kasih kepada Housemate & Bestfren atas kata-kata korang selama ini (aku sangat sayang korang). Terima kasih kepada teman-teman yang baru sahaja rapat tetapi cepat memahami diri ini.Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala keikhlasan korang semua.


Banyak yang ingin ku tulis tetapi berat hati ku untuk menyambung tulisan ini. Setiap kali teringat hal ini, hatiku menjadi sebak... Tapi aku percaya bahawa manusia hanya merancang & berusaha, Allah SWT yang menentukan... Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu tanggung... Allah SWT maha mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya...

ramadhan menjelang tiba...

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu ingin ku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini kepada semua muslimin & muslimat sekelian. Tak terlewat rasenye untuk memberikan ucapan ini walaupun sudah 4 hari kite berpuasa... Aku dengan rendah hati ingin memohon kemaafan kepada sesiapa saje sepanjang perkenalan kite semua. Semoga dapat dihapuskan segala dosa aku di dalam bulan yang mulia ini. Diharapkan kedatangan Ramadan ini dapat kite penuhi dengan amal ibadat kepada Allah SWT. Kerjakanlah ibadat-ibadat sunat dengan lebih kerap disamping ibadat yang wajib kita laksanakan. Lakukanlah semua amalan tersebut dengan ikhlas kerana Allah SWT. InsyaALLAH segala amal ibadat kite akan diterima oleh Allah SWT.

Selamat melakukan amal-ibadat~~

Sunday, May 24, 2009

aku takleh tido pukul 4 pagi!!! so aku reka cerita...

Ahmad & Abu bekerja sebagai mekanik kereta di Kuala Pilah. Suatu hari Abu ternampak iklan dimana seorang YB di kawasan terbabit ingin mencari seorang mekanik peribadi. Di hati Abu timbul sedikit minat utk menjadi mekanik peribadi utk YB tersebut. Tp minat itu tidak lah mendalam sgt. oleh itu die tidaklah melakukan sebarang usaha utk menjadi mekanik peribadi YB itu dan membiarkan peluang itu begitu saja.

Suatu hari Abu terdengar berita yg Ahmad ingin mencuba nasib untuk menjadi mekanik peribadi YB tersebut. Tp Abu tidak berasa senang dgn berita tersebut kerana Abu kenal sgt pada Ahmad. Ahmad merupakan seorang mekanik yang tidak setia pada bengkel tempat die bekerja. Ahmad suke pindah2 bengkel sebelum tempoh perkhidmatan die tamat. Ahmad akan meninggalkan bengkel tempat die bekerja sekiranya mendapat offer yg lebih tinggi tanpa menepati "perjanjian mulut" untuk bekerja di bengkel terbabit bg tempoh tertentu. Perbuatan Ahmad telah melukakan hati banyak pemilik bengkel di Kuala Pilah. Oleh yang demikian Abu telah mengambil keputusan untuk bersaing dengan Ahmad bg merebut jawatan mekanik tetap YB Kuala Pilah. Hal itu semata-mata untuk mengelakkan YB menjadi mangsa seterusnya kerana YB itu seorang yg lembut hatinya.

Oleh kerana terdapat 2 org yg ingin merebut jawatan tersebut maka YB pun memberikan mereka berdua kereta yg rosak. Setiap org mendapat 1 kereta. mereka dikehendaki membetulkan kerosakkan terbabit. Kedua2 mekanik terbabit berjaya menyiapkan tugas yg diberikan pada masa yg ditetapkan. Tp malangnya Ahmad berjaya menyiapkannya awal sedikit berbanding Abu. Lalu YB terbabit tanpa rasa bersalah terus m'compare'kan Abu dgn Ahmad. Hati Abu terluka kerana kereta yg dibaiki itu lambat siap kerana kerosakan pada kereta yg diterima adalah lebih besar berbanding kereta yg diterima oleh Ahmad. Walaubagaimana pun Abu tetap akan berusaha sedaya-upaya untuk menghalang Ahmad dr menjadi mekanik tetap YB. Die bukan dengkikan Ahmad, tp Ahmad sekarang sedang bekerja dgn seorang Haji Bakar, pemilik bengkel yg sgt baik hati. Oleh itu Abu tanak hati Haji Bakar terbabit terluka & Abu juga tanak Ahmad menjadikan YB yg lembut hatinya itu sebagai mangsa seterusnya. Lagipun Abu mmg pernah terdengar dr kwn Ahmad tentang perancangan Ahmad untuk mencipta masalah dgn Haji Bakar supaya die dapat berhenti kerja dan bekerja dgn YB.

Oleh kerana berita Ahmad bakal dipilih sebagai mekanik tetap YB telah tersebar dikalangan mekanik2 di sekitar Kuala Pilah & juga rakan2 rapat YB, maka ramai la mekanik & rakan2 YB tersebut dtg & memberi nasihat kepada YB dgn menerangkan sifat2 peribadi Ahmad. Tp kata2 mereka semua tidak setanding dgn kata2 Ahmad yg amat manis bicaranya. Siapa mereka utk bertanding kata2 dgn Ahmad yg pernah bekerja di syarikat MLM Lakzor...

YB telah berjanji akan mengumumkan siapakah yang layak untuk menjadi mekanik tetap beliau. Tetapi hari berganti hari, YB tetap jua membisu...
Suatu hari Abu telah m'SMS YB utk m'offerkn khidmat service kereta percuma utk YB. Tetapi malangnya YB memberitahu bahawa kereta beliau telah diservis oleh Ahmad. Maka dlm kepelikan Abu pun bertanya kepada YB adakah beliau telah memilih Ahmad sebagai mekanik tetap beliau. Lalu YB pun menjawab "anggaplah Ahmad yang terpilih". Abu bertanya lagi "sejak bila Ahmad dipilih & kenapa tak bg tau awal2?". YB pun membalas SMS terakhir dgn berkata "baru lagi.... tak tau macam mane nak bg tau". Abu pun membalas SMS terbabit dgn "thanks". Hati Abu sgt kecewa...

Dr nasihat kawan2 Abu pun terpikir, mungkin ade rezeki yg lebih baik untuk die. Mungkin die akan ditakdirkan menjadi mekanik kapal terbang MAS suatu hari nnt. Sekiranya YB menjadi mangsa Ahmad, mungkin peristiwa ini dpt mengajar YB erti kehidupan... Mungkin jua Ahmad mula menjadi setia kepada majikan setelah bekerja dgn YB...

ujian...

Allah s.w.t tidak akan menguji hamba-Nya dengan perkara2 yg hamba-Nya tidak mampu tanggung.

Sejak akhir2 ini aku sering diuji dgn perkara2 yg menyentuh hati & perasaanku. Baru2 ini pulak aku diuji sekali lg dgn ujian yg agak berat utk ku tanggung seorang diri. thanks to my housemates & besfrens kerana sentiasa memberi semangat dlm menghadapi dugaan ini. kata2 korang merupakan penawar bg sakit ini. Alhamdulillah aku dikurniakan kawan2 yang sangat baik walaupun kadang-kala aku terguriskan hati diorang, tp diorang still lg berada bersama aku utk menghadapi dugaan ini. Tak sangka dlm masa yg singkat mereka dapat membangkitkan semula semangat aku yg telah jatuh ini.


**********************************

Sekarang nie aku masih berada di Shah Alam untuk meneruskan saki-baki perjuangan yg tak sempat diteruskan sebelum nie akibat daripada kelalaian sendiri. FAR500 merupakan subject untuk intersessi yang sedang ku ambil sekarang. Aku berharap agar aku akan konsisten dlm proses pembelajaran selama sebulan ini. Walaupun ketika ini ramai kawan2 ku yg sedang enjoy sebagai fresh graduate sebelum mereka merajinkan diri utk bekerja.


***********************************

Don't judge a book by its cover